Umum mengetahui parlimen telah dibubarkan pada Sabtu lepas. Itu bermakna, semua DUN dibubarkan serta merta.

Namun apa yang menarik perhatian dalam Istiadat Pembubaran DUN Selangor kali ini ialah sikap profesional yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

BACA: Giliran Azmin ‘Ajar’ Orang Putih Cara Masak Rendang

Azmin Ali dan exco-exco memulangkan kembali kereta rasmi yang digunakan kerajaan sebaik sahaja parlimen dibubarkan.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Amin turut membuat pengumuman tentang pemulangan kereta rasmi tersebut bersama gambar beliau dan exco disisi kenderaan masing-masing.

“Selesai Istiadat Pembubaran Dewan Negeri Selangor, saya dan Exco kerajaan negeri serah kenderaan rasmi kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,”katanya.

Difahamkan, Azmin menggunakan servis Grabcar untuk pulang ke rumah selepas memulangkan kereta rasmi kerajaan.

Rata-rata netizen kagum dengan sikap profesional Azmin dan berharap Malaysia dapat pemimpin seperti Azmin.

“Terbaiklah kurang apa lagi negeri Selangor ku ini, Alhamdulillah cukup semua. Tak perlu kerajaan baru.Yang ni cukup ‘best’ dah. I love (Saya sayang) Selangor.

“Semua wajah berseri sebab niat yang murni dan integriti tinggi. Tiada rasuah, hipokrit dan main kotor. InsyaAllah Selangor tetap kekal di bawah kerajaan PH. Contoh terbaik dan tahniah.

“Amanah…Allah sayang pemimpin begini. Sedikit pun yang bukan hak kita kena pulangkan. Semoga Malaysia mendapat pemimpin begini tak lama lagi. Semoga kemenangan untuk YB semua.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!