Misteri kehilangan Pesawat Lion Air JT 610 yang terputus dari radar 13 minit selepas berlepas dari lapangan terbang awal pagi ini terjawab apabila disahkan terhempas dalam laut.

Pesawat yang ingin menuju ke Pangkal Pinang, Sumatra dari Jakarta ini terhempas ketika dalam perjalanan. Pihak berkuasa melaporkan, menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.

BACA: Ini Fakta Lautan Hindi, Lokasi Hilangnya MH370

Menerusi Twitter, beberapa pengguna berkongsikan foto dan video serpihan pesawat dan barangan diipercayai milik penumpang ditemui di perairan Indonesia.

Difahamkan, penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi. Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat yang membawa 189 penumpang ini terhempas. Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar mangsa yang masih hidup dapat ditemui.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥