Setiap Hari Menari Kpop, Berjaya Turun 38 Kg Dalam 7 Bulan
Mempunyai badan langsing merupakan idaman setiap orang tetapi ramai daripada anda yang tak tahu di mana mahu bermula. Kini di media sosial, semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.
Siapa sangka dengan menari dan mengamalkan diet seimbang, pemuda ini berjaya menurunkan berat badan sehingga 36 kilogram dalam masa tujuh bulan setengah sahaja.
BACA: Wanita Ini Kongsi 15 Menu Diet Sedap, Sebulan Boleh Turun 10 Kg
Pemuda tersebut, Syahrizuan,22, mengambikl inisiatif untuk menurunkan berat badan dengan mempelajari tarian K-pop. Berat badan asalnya mencecah 154kg, kini dia berjaya mencapai 116kg
Wish me luck pic.twitter.com/WkjQ7akgyi
— Wawan ๐ฒ๐พ (@wawanxz_) May 14, 2019
Sempena bulan Ramadan ini, Syahrizuan melakukan cabaran menari selama 30 hari dan turut disertakan senarai lagu yang akan dimainkan nanti.
Anyway tengah buat challenge 30days dance in Ramadhan , ni list2 lagu yang dorang dah request . Do follow my ig ; @shah.rizuann for this content . Yang dah lepas semua dah masuk dm highlight story pic.twitter.com/a6CgG8j30D
— Wawan ๐ฒ๐พ (@wawanxz_) May 14, 2019
Tambah lagi, menurut kajian, dengan gerakan tarian selama 10 minit, individu dengan berat 57 kilogram boleh membakar sehingga 55 kalori manakala individu dengan berat 70 kg boleh membakar sehingga 70 kalori.
Dalam pada itu, Syahrizuan turut berkongsikan tips diet yang diamalkannya. Menurutnya, dia mengurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan.
Katanya lagi, dia hanya mengamalkan makan nasi suku pinggan sahaja. Seperti biasa, jika ingin menurunkan berat badan dengan cepat banyakkan minum air kosong.
Jadi, kalau anda nak miliki bentuk badan idaman di hari Raya nanti, masih sempat lagi untuk cuba tips yang dikongsikan oleh Syahrizuan ini. Tak pasal-pasal terkejut suadara mara sampai tak kenal siapa anda nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami diย Facebookย danย Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Wawanxz