‘Sorok Hantaran’ Jadi Trend, Elak Barang Dicuri?
Kaum Melayu sememangnya kaya dengan adat dan budaya lebih-lebih lagi dalam melangsungkan perkahwinan. Ada beberapa adat yang kita perlu turuti.
Bermula dari merisik sampailah ke majlis perkahwinan semuanya perlu disusun cantik mengikut adat Melayu yang sememangnya cantik dan indah.
BACA: “Total Barang Rumah RM24,000, Gila Macam Mana Nak Kahwin”
Antara adat Melayu yang menjadi kemestian setiap kali perkahwinan adalah dulang hantaran. Kalau zaman dulu, dulang tembaga sememangnya menjadi pilihan.
Namun ianya bersilih ganti mengikut zaman dimana kaedah membalut hantaran atau sorok hantaran menjadi trend rata-rata pengantin masa kini.
Boleh dikatakan ramai yang memilih untuk menyembunyikan barangan yang dijadikan sebagai hadiah untuk pasangan mereka.
Macam mana nak explain dekat parents eh kalau kita nak buat hidden hantaran macam ni? pic.twitter.com/f9POekdMXa
— Eli يايا (@_eliyaya) June 13, 2019
Trend itu turut menjadi perhatian netizen di laman Twitter yang memberikan pandangan mereka berkenaan perkara itu.
Ada memberikan komen idea sorok hantaran ini sangat bernas untuk mengelak cakap-cakap makcik bawang yang selalu menyindir hantaran pasangan pengantin.
Namun ada yang mengatakan, tujuan utama sorok hantaran ini adalah untuk mengelakkan sikap menunjuk dalam pemberian hantaran.
Siapa yang bakal berkahwin tu boleh la cuba idea ini. Hanya gunakan kain sahaja dan tidak perlu berbelanja mahal untuk hantaran.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Gempak