Baru-baru ini, penduduk kampung di Tawi-Tawi, Filipina digemparkan dengan berita luar biasa apabila seorang nelayan berjaya menangkap sotong gergasi sepanjang sepanjang lapan kaki (2.4 meter).

Menurut laporan Mirror UK, sotong gergasi itu mempunyai kelebaran setebal 18 inci ketika ia dibaringkan ke atas tanah. Dah sama besar dengan manusia biasa.

BACA: Burger Sotong Bakar Pula Jadi Perhatian, Laku Habis!

Ini merupakan kali pertama sotong gergasi itu ditemui dan dipercayai yang terbesar dijumpai di wilayah tersebut.

Sotong berwarna putih itu dinaikkan ke darat pada pagi Jumaat, kira-kira pukul 9 pagi.

Seorang nelayan, Harold Eduardo Curtis berkata: “Saya kenal nelayan yang menangkap sotong itu.

“Susah untuk dia naikkan sotong itu ke darat kerana ia terlalu berat. Kecantikan sotong ini adalah pada tubuhnya yang bersih, bersinar dan putih.

“Ia adalah sotong yang sihat dan masih muda. Pasti isinya berasa enak,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?