Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan kes penyakit polio kembali muncul di negara kita selepas 27 tahun.

Boleh dikatakan masih ada dikalangan ibu bapa yang masih enggan menerima imunisasi kepada anak mereka dan ia berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan.

BACA: Tak Beri Anak Suntikan Vaksin, Ibu Bapa Boleh Didenda RM20,000

Meskipun, ramai Mufti mengeluarkan fatwa tentang kepentingan vaksin namun, teguran itu seperti tidak diendahkan. Lebih melampau, golongan anti-vaksin ini semakin berani merendahkan dan memperlekehkan fatwa vaksin yang dikeluarkan Mufti.

Seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Amirul Azmeer Asmadi meluahkan rasa kecewa dengan sikap golongan anti-vaksin yang turut menggelar mufti pengunggang agama.

Sedih sangat bila baca komen golongan anti-vaksin/pro-choice mengenai fatwa vaksin yang dikeluarkan Mufti. Kalau tak…

โพสต์โดย Amirul Azmeer Asmadi เมื่อ วันอาทิตย์ที่ 15 ธันวาคม 2019

 

Mereka yang anti-vaksin ini berkata mufti mengeluarkan fatwa kerana mahu menjaga air muka dan kedudukan sahaja. Malah ada yang mengatakan mereka yang alim ulama ini tiada ilmu vaksin.

Kata anti-vaksin ini lagi, fatwa hanya diambil dari info kesihatan sahaja dan bukan daripada mana-mana dalil.

Meskipun, mufti sudah menerangkan panjang lebar beserta berpuluh-puluh dalil agama & hujah yang disertakannya, golongan anti-vaksin/pro-choice ini tetap akan kata,

“Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi dia sahaja. Mufti lain, ada pendapat lain lagi. Kita pilih saja mana yang kita rasa paling tepat.”

Seperti kita tahu mereka yang anti-vaksi ini tetap akan bagi berbagai-bagai alasan lain lagi untuk menjustifikasi pegangan diri sendiri. Walaupun ulama-ulama yang jauh lebih besar ilmu mereka daripada kita sudah penat berbuih-buih mengatakan pendapat yang berbeza.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱