Suka Kunyah Ais Petanda Anda Hidap Anemia!
Pasti ramai diantara anda di luar sana yang suka sangat kunyah ais. Dah jadi tabiat setiap kali minum air berais, mesti akan kunyah ais sampai habis. Mesti ada yang tertanya-tanya, bahaya ke kunyah ais?
Jika anda ada tabiat suka mengunyah ais, ia mungkin petanda bahaya untuk kesihatan anda.
BACA: Kajian: Tak Semua Makanan Proses Bahaya
Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz mendedahkan tabiat kunyah ais adalah petanda kepada anemia.
Apa itu Anemia?
Ramai yang tak tahu. Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin didalam darah. Hemoglibin (Hb) adalah suatu senyawa protein pembawa oksigen didalm sel darah merah. Sel darah merah di produksi di sumsum tulang.
Tabiat mengunyah ais pula dinamakan Pagophagia
‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.
Bahaya Anemia
Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jika anda atau sesiapa yang anda kenal suka sangat kunyah ais, lebih baik dapatkan bantuan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain sehingga boleh menyebabkan kematian.
ARTIKEL BERKAITAN:
Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?
Ini Akibat Jika Pelajar Tidak Boleh Ditegur
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson
- SUMBER
- ohmymedia