Sultan negeri Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi pemegang saham kedua terbesar bagi rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd setelah membeli tambahan 2.44 juta saham seterusnya menjadikan kepentingan saham beliau bertambah menjadi 9.22%.

BACA: 7-Eleven Thailand Masakkan Telur Untuk Anda

Sumber dari straitstimes.com

Dalam pengisian Bursa Malaysia semalam, Sultan Ibrahim dikatakan telah mengambil alih saham pada 28 dan 30 Ogos lepas. Malah, kini beliau memegang 102.4 juta saham dalam rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Sumber dari financetwitter.com

Sebelum ini, Sultan Johor itu menjadi pemegang saham individu kedua terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan sebanyak 8.44% selepas mengambil alih 93.70 juta saham pada 8 Ogos lalu.

Sumber dari mole.my

Kemudian, beliau dikatakan membeli saham tambahan sebanyak 2.88 juta saham seterusnya menjadikan kepentingan saham miliknya meningkat kepada 8.68% pada 17 Ogos lepas.

Untuk pengetahuan anda, Tan Sri Vincent Tan merupakan pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia yang kini mempunyai sebanyak 1,905 cawangan di seluruh negara ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Sotong Mentah, King Crab? | Korea Pt. 1