Nampaknya ini merupakan berita baik buat pengguna Touch ‘n Go, dimana kerajaan akan memansuhkan surjad tambahan 10 peratus yang dikenakan bagi kemudahan tempat letak kereta.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, berkata ianya akan dimansuhkan secara berperingkat.

BACA: Semua Lorong Tambah Nilai PLUS Ditutup Sehingga 29 Oktober

Menurutnya lagi, perkara itu tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin berikutan kontrak antara Touch N Go dan pengendali tempat letak kereta masih belum berakhir.

“Jadi sekarang kita nak hapuskannya dan batalkan, namun tertakluk kepada kewajipan kontrak. Lepas habis kontrak kita akan hapuskan secara berperingkat,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan caj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai di beberapa outlet, beliau berkata caj tersebut tidak diterima oleh Touch ‘n Go sebaliknya penyedia perkhidmatan.

Ujarnya lagi, sekarang ada pilihan di mana di seluruh negara terdapat lebih 11,000 tempat tambah nilai dan lebih 2,000 tempat di mana pelanggan boleh tambah nilai tanpa caj 50 sen.

“Caj 50 sen itu dikenakan oleh penyedia perkhidmatan. Caj 50 sen tersebut tidak dikutip oleh Touch ‘n Go, tapi pengusaha sesetengah stesen minyak atau pasar raya yang menawarkan perkhidmatan itu,” ujarnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱