Sebut sahaja tentang Marijuana atau ganja, hukuman gantung sampai mati atau ketagihan antara perkara yang terlintas di fikiran. Namun berbeza pula dengan sesetengah negara yang dilihat sangat ‘terbuka’ mengenai ganja.

Jangan terkejut jika di luar negara ganja dijual secara umum malah ada syarikat sanggup membayar gaji sebanyak £28,000 (RM150,000) setahun untuk menghisap ganja.

BACA: Thailand Bakal Anjurkan Festival Ganja Pertama Di Dunia Tahun Depan

Lebih mengejutkan, ‘pekerjaan’ itu diiklankan melalui atas talian di satu platform tinjauan ganja di Amerika Syarikat. Difahamkan, mereka memperlukan pengulas baharu untuk menguji dan menulis tentang jenis-jenis ganja.

Syarikat tersebut, AmericanMarijuana.org, dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh menghisap ganja, serta mempunyai pengetahuan yang luas mengenai marijuana.

Namun bukan mudah untuk mengisi ‘jawatan’ tersebut kerana individu tersbeut mestilah seorang influencer, berusia 18 tahun ke atas, menetap di Amerika Syarikat atau Kanada dimana dua negara tersebut membenarkan penggunaan ganja.

Calon yang berminat untuk memohon perlu menghantar video berdurasi 60 saat serta memberitahu tentang minat mendalam mengenai ganja, serta perlu senarikan enam jenis nama samaran ganja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥