Dalam usaha membendung gejala sosial membabitkan golongan remaja, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparuddin Yusuf, mencadangkan agar rokok dijual pada harga RM50 sekotak dan menggesa cadangan itu disertakan dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: Berhenti Rokok 6 Bulan Boleh Beli iPhone 8

Selepas mengadakan perbincangan bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan isu dadah, anak luar nikah serta virus HIV, Saparudin mendapati rokok merupakan titik permulaan gegala sosial tersebut.

Sekaligus dia melihat menaikkan harga rokok kepada RM50 sekotak akan menyekat golongan remaja daripada membelinya.

Bagaimanapun, warga laman sosial berpendapat tindakan itu hanya akan membuat orang ramai terutamanya golongan remaja mencari inisiatif lain.

Tindakan itu akan membuatkan orang ramai beralih kepada rokok seludup yang boleh didapati dengan harga murah lantas meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.

Senario itu turut mampu meningkatkan penjualan rokok seludup di tempat awam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pyan Dah Gemuk, Perut Berlapis Teruk?