Memang berani jika ada di antara anda ingin mencuba makan ikan paling beracun di dunia, iaitu ikan buntal. Tidak semua orang mahir menyiang ikan beracun ini kerana boleh dikatakan seluruh badan ikan mempunyai toksik serta ia memerlukan kemahiran yang tinggi bagi membuang toksik ikan tersebut.

BACA: Ikan Bertukar Jantina Akibat Pil Perancang

Sumber dari wajibbaca.com

Tidak semua jenis ikan buntal boleh dimakan oleh manusia. Hanya ikan buntal pisang sahaja boleh dimakan namun proses membuang toksik di badan ikan haruslah dilakukan dengan cermat supaya semua toksik beracun dapat dibuang sepenuhnya.

Sebelum ini, seorang penduduk di Pontian, Johor telah meninggal dunia akibat memakan ikan buntal pada 10 tahun lepas. Sejak kes tersebut tersebar, ramai peniaga ikan tidak lagi berani untuk menjualnya kerana ia boleh mendatangkan maut kepada pelanggan mereka.

Sumber dari smeaker.com

Seorang peniaga, Aslamiah Selamat berkata, dahulu ikan buntal mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang enak meskipun ia beracun. Malah, larangan menjual ikan buntal turut dikeluarkan akibat kes kematian seorang penduduk tempatan selepas memakan ikan berkenaan.

“Isinya pejal seperti daging ayam. Sangat sesuai jika digoreng kerana tidak mudah hancur,” terang Aslamiah mengenai rasa ikan buntal. Dia juga pernah menjual serta mahir membuang toksik beracun yang ada di dalam ikan buntal itu nyata tidak akan menjualnya kembali kerana dia rasa bertanggungjawab ke atas pelanggannya.

Terdapat banyak jenis ikan yang selamat untuk dimakan selain ikan buntal yang berbahaya ini. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

KERABU SEAFOOD DURJANA PEDAS