Sejak kebelakangan ini ada sahaja kes kekejaman yang dilakukan ke atas kucing terutama melibatkan kucing terbiar. Malah, lebih kejam ada penduduk pangsapuri mengadakan acara untuk menangkap kucing terbiar.

Lebih parah, baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang netizen mengenai tindakan individu tidak bertangungjawab yang memasukkan pil di dalam makanan kucing terbiar di kawasan perumahannya.

BACA: Netizen Berang Penduduk Pangsapuri Anjur Acara Tangkap Kucing Terbiar

Aku ada sorang kawan kat ujong pasir… Dia chinese… dia n mak dia bagi kucing gelandangan makan kat kawasan rumah…

Posted by AF Fiahmn on Jumaat, 17 Januari 2020

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan tindakan individu itu tak berhati perut dan tidak beperikemanusiaan. Malah, netizen turut tertanya-tanya apa yang membuat individu itu sakit hati sehingga sanggup bertindak sedemikian.

Ada yang tanya kenapa tak report pasal makanan kucing ada ubat2an tu…*KALAULAH TAU SAPE YANG BUAT, MEMANGLAH…

Posted by AF Fiahmn on Sabtu, 18 Januari 2020

Ramai yang turut bertanya mengapa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa, netizen itu berkata laporan sudah pun dibuat tetapi tidak mengetahui siapa yang meletakkan pil-pil tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu akan mendapat balasan setimpal kerana menganiaya binatang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥