Hanya mampu bertahan selama 15 bulan, satu-satunya restoran dan menjadi yang restoran di Paris yang membuka peluang kepada pelanggan untuk makan sambil berbogel terpaksa ditutup pada 16 Februari ini.

Restoran O’Naturel itu terpaksa gulung tikar kerana tidak mendapat sambutan dan konsep yang diperkenalkan itu tidak cukup ‘hangat’ untuk menarik perhatian orang ramai.

BACA: Restoran ‘All You Can Eat’ Tutup Sebab Orang Makan Banyak Sangat

“Kami mengharapkan anda dapat menyokong dan membantu kami dengan hadir beramai-ramai pada bulan Januari dan awal Februari 2019,” umum pengurusan restoran itu menerusi Facebook.

“Kami hanya akan mengenang kenangan-kenangan indah, bertemu dengan ramai pelanggan dan pelanggan yang gembira dapat berkongsi momen yang luar biasa,” kata pemilik restoran itu, Michael dan Stephanie Saada.

Restoran yang dibuka pada November 2017 itu mengenakan syarat iaitu pelanggan perlu menanggalkan pakaian di sebuah bilik, sebelum dibawa masuk ke bahagian restoran dan dihidangkan makanan.

Untuk tujuan kebersihan, semua meja dan kerusi dilapik dengan kain hitam yang akan dibersihkan setiap kali pelanggan beredar. Bagaimanapun, kesemua pelayan termasuk pemilik restoran, berpakaian lengkap.

Restoran itu menyediakan hidangan mewah bistro Perancis berharga sekitar €49 (RM230).

Ini bukan kali pertama restoran berkonsep sedemikin berhadapan masalah yang sama. Terdahulu, sebuah restoran di London terpaksa mengutip dana untuk memastikan perniagaan kekal beroperasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?