Isu jalan berlubang di Malaysia bukanlah perkara baru, tak kisah sama ada di bandar atau jalan kampung. Jalan berlubang sudah tentunya memberikan masalah buat pengguna jalan raya.

Jalan berlubang sangat berbahaya terutama pada kenderaan ringan seperti motosikal yang mudah hilang kestabilan apabila terlanggar lubang sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

BACA: Sokong Anak Peluk Islam, Kisah Uncle Cina Ini Jadi Inspirasi

Setiap kali aduan dibuat, kebiasaannya tindakan susulan yang diambil agak lambat. Bagaimanapun, tindakan seorang pak cik tua berbangsa Cina ini sememangnya harus diberikan pujian.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, warga tua tersebut menampal sendiri jalan yang berlubang di salah satu laluan di Johor Bahru.

Tadi masa aku jln naik moto melalui Jalan Kuning Taman Pelangi JB,, aku ternampak orang cangkong tengah jalan.. Bila aku…

Posted by Persatuan Bangsa Johor on Rabu, 26 Jun 2019

Menurut perkongsian itu, pakcik tua itu dilihat turut membawa baldi yang digunakan untuk menurap jalan raya.

Perkongsian itu menjadi bualan netizen yang memuji tindakan warga tua itu. Malah ramai yang mendoakan agar pakcik tua itu diberikan kesihatan yang baik.

Ada netizen mengatakan, pakcik tua itu sememangnya seorang yang baik hati dan sentiasa membantu pengguna jalan raya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?