Dalam dunia penuh mencabar ini, boleh dikatakan agak sukar bagi graduan untuk mendapat pekerjaan. Adakalanya mereka terpaksa melakukan kerja yang mungkin ‘lari dari bidang’ bagi menampung kos sara hidup atau membantu keluarga.

Seperti seorang lelaki ini, Amirul Syaqir mendedahkan dia merupakan lulusan ijazah kejuruteraan pesawat namun dia menganggap dirinya “jurutera agihan makanan” kerana dia kini bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda.

BACA: Kisah Penghantar Foodpanda OKU Buat Netizen Sebak

Menurutnya, dia mengambil masa lima tahun mengikuti pengajian tersebut tetapi hanya menjadi “jurutera agihan makanan.”

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian netizen lain yang turut berkongsikan pengalaman yang hampir sama.

Seorang pengguna Twitter, Harriq Tuah merupakan lulusan Diploma Teknologi Elektronik tetapi dia kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di Aeon Mall Seri Manjung, Perak.

Seorang lagi pengguna Twitter, Syahmie Shahar kini merupakan pengawal keselamatan Western Digital meskipun memiliki sarjana muda dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL).

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter turut memuat naik kesemua pendedahan tersebut serta menyifatkan masalah pengangguran di Malaysia benar-benar berlaku dan perlu menangani masalah tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?