Tak Mahu Anak Putus Asa, Bapa Sanggup Tolak Motorsikal Teman Anak Berlari
Benarlah apa yang dikata, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Bergelar ketua keluarga, insan bergelar bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang guru bernama Fazly Hafiz Yahaya di Facebook, pengorbanan seorang bapa ini cukup menyentuh perasaan yang setia menemani anaknya berusia 9 tahun berlari bagi acara merentas desa di sekolahnya.
BACA: Anak Cemerlang UPSR, Ibu Bapa Hadiahkan Jambangan Duit RM10,000
Difahamkan acara merentas desa itu bukanlah untuk murid tahap satu, namun demi mencara diri, murid tahun 3 itu cuba sedaya upaya menghabiskan lariannya. Malah, murid itu kelihatan yakin dengan keupayaannya, melangkah setapak demi setapak.
Menemani anaknya berlatih, bapa ini mengekori anaknya dari belakang dengan motorsikalnya sambil memberikan kata-kata semangat. Lebih menyentuh hati, bapanya sanggup tolak moto sambil berlari bersama demi memastikan anaknya tidak berputus asa.
Larian bersama yg di penuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat. Ini larian yg nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang tersentuh melihat kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Malah, ada segelintir netizen turut meluahkan rasa rindu pada bapa mereka yang sudah pun bertemu penciptaNya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram