Tak Mampu Beli Susu, Bayi 14 Bulan Diberi 5 Cawan Kopi Sehari
Kanak-kanak sememangnya memerlukan makanan yang sihat dan cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka. Jika ibu bapa membiarkan anak-anak mengambil makanan kegemaran mereka secara berlebihan, ia boleh beri kesan buruk pada kesihatan mereka.
Di Sulawesi Barat, Indonesia, seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberi lima cawan kopi sehari dan mula minum kopi sejak usia 6 bulan lagi kerana kesempitan hidup dan ibu bapanya tidak mampu untuk membeli susu.
BACA: Walaupun Lembut, Agar-Agar Boleh Jadi Punca Kematian Bayi
Meskipun minum kopi, tumbesaran bayi tersebut sama seperti bayi normal lain. Malah bayi perempuan diberi nama Hadijah itu tergolong anak hiperaktif.
Pada usia 14 bulan, Hadijah sudah boleh berjalan sendiri dan aktif bermain bersama bayi sebayanya. Malah, ibu bapa mereka mengakui mereka tidak dapat tidur yang cukup kerana anaknya yang sangat aktif.
Ibunya, Anita mengaku kerap memberikan kopi kepada anaknya kerana tidak mampu membeli susu.
Gaji Rp 20.000 (RM5.95) sebagai buruh kupas kelapa bersama suaminya, hanya cukup untuk memenuhi keperluan dapur keluarga kecilnya.
Kisah Hadijah tular di media sosial dan mendapat perhatian Kabid Bina Kesehatan Masyarakat Dinas Kesehatan Polman yang mengunjungi bayi tersebut dan memberi bantuan berupa biskut dan susu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Goreng Cili Padi
- SUMBER
- Kompas