Susulan jerebu melanda negara kita, sudah pasti ramai yang akan membeli topeng muka supaya kesihatan tidak terjejas sepanjang musim jerebu ini.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan pada terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka.

BACA: Dua Orang Termasuk Bayi Empat Bulan Maut Akibat Jerebu

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah KPDNHEP, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, setakat ini tiada sebarang notis atau kompaun dikeluarkan kepada peniaga.

Namun, tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Harga runcit bagi topeng muka yang digunakan untuk perubatan atau pembedahan ditetapkan di antara 20 sen hingga 80 sen seunit di mana perbezaan harga itu bergantung pada lapisan topeng muka berkenaan.

“Bagi topeng muka N95 pula bernilai RM6 seunit,” katanya

Menurutnya lagi, pihak kementeriannya akan sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan berkala terutama di premis berkaitan dalam memastikan peniaga mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pihak turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat peniaga yang menjual topeng muka itu dengan harga yang mahal boleh menyalurkan aduan untuk tindakan selanjutnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi