Meskipun mengetahui bahawa sambutan hari kekasih atau Valentine’s Day hukumnya adalah haram, namun masih ada segelintir orang Islam tetap menyambutnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang gadis Melayu meluahkan rasa tidak puas hati apabila permintaannya untuk menyertakan sekali ucapan Hari Kekasih dalam hadiahnya itu ditolak oleh penjual Lazada.

BACA: Majikan Hadiahkan 600 Buah Kereta Untuk Pekerja

Penjual tersebut terpaksa menolak permintaan gadis itu kerana pemintaannya itu bertentangan dengan agama Islam. Gadis itu turut membalas mesej dari penjual dengan mengatakan ia tiada kaitan dengan agama.

Berang permintaannya ditolak, gadis berkenaan bertindak membatalkan pembelian. Namun, bukan itu saja, gadis itu turut menularkan respon penjual berkenaan di media sosial.

Perkara itu mendapat perhatian netizen lain yang mengecam gadis itu yang dilihat berbangga menyambut sambutan Hari Kekasih yang haram diraikan orang Islam.

Malah netizen turut menyelar sikap gadis itu yang keterlaluan sehingga sanggup mendoakan yang tidak elok kepada penjual berkenaan.

Dalam pada itu, netizen memuji sikap penjual berkenaan yang berpegang teguh dengan prinsipnya dan tidak mengejar wang semata-mata.

Apa pun penjual berhak untuk menolak jika tindakannya itu bertentangan dengan agama dan mahu perniagannya sentiasa diredhai Allah. Tapi rata-rata manusia sekarang bukan boleh ditegur. Lebih parah ada yang sanggup menegakkan perkara yang salah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?