Pasti ramai mereka di luar sana yang ragu-ragu setiap kali ingin membeli Kuey Teow dikedai memandangkan tidak tahu kandungan sebenar bahan yang digunakan. Tak perlu risau lagi, lepas ini anda boleh buat sendiri Kuey Teow dirumah.

Cara untuk membuatnya mudah sahaja dan hanya menggunakna 3 bahan. Resepi yang dikongsikan oleh Fiza Mh ini diyakini halal, bersih dan selamat untuk dimakan.

BACA: 33 Tahun Jual Kuey Tiow, Jana Pendapatan 5 Angka Sehari

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung ubi*
11/2 cawan air*
(batter)

Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus

Cara membuatnya:

1. Sediakan kukusan. Saya guna kuali.

2. Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.

3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

4. Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu)

5. Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7 hingga 10 minit.

6. Biarkan sejuk kejap kemudian griskan permukaan kuey teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)

7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap!

Tips

– Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lah lipat dua lempeng kuey teow tu. Senang sikit nak potong.

– Yang saya buat ni ada tebal sikit. Mugkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.

Mudah saja untuk membuat kuey teow sendiri dirumah. Lepas ni boleh nak buat char kue teow ke ladna ke kungfu ke goreng mamak style ke semua boleh.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?