Tak Perlu Cara Ekstrem, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 15 Kg Dalam 3 Bulan
Mempunyai badan langsing merupakan idaman setiap wanita tetapi ramai yang tak tahu di mana mahu bermula. Kalau nak turunkan badan, perlukan disiplin dan tak boleh hanya hangat-hangat tahi ayam je.
Kini di media sosial, semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.
BACA: Wanita Ini Kongsi 15 Menu Diet Sedap, Sebulan Boleh Turun 10 Kg
Gadis dikenali sebagai Hanis ini tidak lokek berkongsikan tips bagaimana dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15kg dalam masa tiga bulan sahaja.
Cara yang dipraktikkan oleh Hanis sangat mudah dan tidak perlu mengamalkan diet ekstrem. Dia hanya makan makanan berat sehari sekali dan makan malam sebelum pukul 6 petang.
Hanis turut memberikan tips kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak melakukan senaman skipping tetapi mulakan dengan berjalan dan jogging terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Hanis turut memberitahu cara dia untuk cepat kenyang adalah dengan makan buah jambu batu tanpa sebarang kuah atau pun serbuk asam.
Siapa cakap nak kurus tu susah? Benda jadi susah kalau hanya tahu cakap sahaja tapi tiada apa-apa tindakan diambil. Bak kata pepatah, nak seribu daya tak hendak seribu dalih!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Haaaanishak