Mesti ramai diantara anda yang suka tengok video bintang Mukbang makan sosej cheese crispy atau lebih dikenali sebagai ‘Corndog’. Memang terliur dengan bunyi rangup ditambah pula dengan cheese yang ditarik-tarik.

Kalau ikutkan menu ini hanya boleh didapati di Korea sahaja. Memang gemuk-gemuk sosej anda boleh dapat. Tapi sebenarnya anda tak perlu Korea untuk nikmati Sosej Cheese Crispy tersebut. Boleh buat sendiri je dirumah dan cara untuk membuatnya memang senang.

BACA: Bintang Mukbang Dedah Bentuk Badan Sebenar Selepas Makan Banyak!

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Hanafi Abdul Havy menerusi Masak Apa Hari Ini, resepi tersebut disukai lebih 2,000 pengguna dan dikongsi sebanyak 441 kali.

Bahan-bahan:

3 gelas Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
3 biji Telur
1 sudu teh Serbuk Lada Hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate secukupnya
Sosej
Serbuk roti

Cara Membuatnya:

1. Satukan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam, kacau hingga sebati.

2. Kemudian, masukkan pula 3 atau 4 keping keju yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Kacau sebati. (Langkah ini pilihan, tak nak campur keju dalam adunan pun boleh).

3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperi dalam gambar.

4. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk seketika, dalam 15 minit untuk biarkan keju benar-benar melekat dengan sosej tadi.

5. Selepas 15 minit, celupkan sosej tadi ke dalam adunan tepung tadi dan celupkan pula ke dalam serbuk roti.

6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga kuning keemasan.

Senang je nak buat makanan popular Korea ini. Buat mak-mak di luar sana yang pening kepala nak cuba resepi baru untuk anak, wajib buat Sosej Cheese Crispy ini. Anak-anak mesti suka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pintu Suka Hati Memang Wujud?