Tak Perlu Keluar Kereta, Tekan Interkom Jika Baki TnG Tak Cukup
Umum mengetahui mulai 5 November lalu, tiada lagi perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar tol seluruh negara. PLUS berkata langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan serta memastikan keselamatan pekerja tol.
Perkara itu sedikit sebanyak memberi masalah kepada pengguna yang tidak menyemak baki Touch n Go terlebih dahulu dan akhirnya ‘tersangkut’ di plaza tol.
BACA: Tiada Lagi Tambah Nilai Di Semua Lorong Mulai 5 November
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang netizen yang menasihati pengguna jalan raya bahawa jangan keluar dari kereta untuk ke pondok tambah nilai Touch n Go.
Pihak PLUS bagi beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS dtg.
Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita.
[thread] pic.twitter.com/DDFGOsf2fV
— 70E (@BenYgTersakiti) December 7, 2019
Menurutnya, pengguna jalan raya yang menghadapi situasi itu hanya perlu menekan butang interkom sehingga staf tiba dan itulah kepentingan butang tersebut.
Menurutnya lagi, pegawai PLUS berpesan agar tidak membahayakan nyawa dengan melintas dari lorong ke lorong kerana bertentangan dengan SOP PLUS.
Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian ramai netizen namun ada yang berkongsikan pengalaman mereka bahawa fungsi butang interkom itu tak boleh pakai.
Kata netizen, meskipun sudah menekan butang intercom, tiada pekerja plaza tol yang datang dan mereka terpaksa keluar kereta pergi ke pondok tol yang ada jurutol.
Haha bende ni impossible sngt. Aku pernah dgn anak aku dua org je, anak aku dalam car seat tekan dia kata kene jalan pergi lorong tambah nilai tu. aku cakap ada budak tak boleh kua, 3 kali tekan jawapan yg sama. Last2 aku terpaksa angkut anak aku kua sekali.
— A.H (@AssyarafiHamidi) December 7, 2019
Kejadah lah dtg. Aku duduk betul2 sebelah lane yg ada org kat sebelah. Dlm tuh siap ada 2 org lagi. Dah 50 kali aku tap pakai 3 kad, takde pulak dtg. Nampak kot tak lepas2. 5 min aku kt situ. Lepas tuh ckp ewallet takde kt plus. Menyusahkan.
— NeraaBelle (@nananeraa) December 8, 2019
Malah ada yang mengatakan ada sesetengah plaza tol tidak memaparkan baki sekaligus menyusahkan pengguna jalan raya. Dalam pada itu, ada yang mendakwa ianya bukan salah Touch n Go sepenuhnya kerana ada beberapa plaza tol terutamanya Keses boleh menolak terus daripada e-wallet.
I noticed its not solely tng's fault. Sebab kesas elok je ada lorong tambah nilai. And semua tol kesas boleh pakai pay direct and rfid. PLUS yang problem sekarang
— KatyCat (@strongsoul___) December 7, 2019
Kata netizen lagi, masalah berpunca daripada PLUS sendiri kerana di Kesas masih ada lorong tambah nilai dan boleh membayar terus melalui ‘Pay Direct’ atau e-wallet.
Benda simple je, highway dia lalu dua kali toll satu masuk satu keluar. Bila touch dekat masuk tu tgk tgk la baki. Kalau rasa tak cukup pegi la station minyak dekat highway tu bersepah boleh topup. Ni nak harapkan orang dtg buat semua untuk kau
— Imeghann (@imranzainol) December 7, 2019
Dalam pada itu ada yang meluahkan rasa berang dengan isu yang ditimbulkan oleh pengguna yang mengalami baki TnG kurang.
Katanya lagi, boleh saja singgah di mana-mana stesen minyak untuk tambah nilai terlebih dahulu daripada mengharapkan orang lain melakukan semua benda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram