Tak Sampai 24 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah & Dirosakkan
Selepas hampir setahun lama ditutup untuk dibaik pulih dan dinaiktaraf akhirnya Taman Tasik Titiwangsa dibuka secara rasmi kepada umum semalam. Rata-rata netizen teruja berkongsikan kecantikan taman tersebut yang tertanya lebih menarik.
Bagaimanapun, tak sampai 24 jam dibuka, Taman Tasik Titiwangsa itu dilaporkan telah dirosakkan dan dicemari dengan sampah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
BACA: Selepas 25 Tahun, Highland Tower Akan Jadi Taman Rekreasi
Perkara itu dikongsikan oleh netizen di media sosial dimana ada pengunjung yang melakukan vandalisme dengan menconteng papan tanda dan membuang sampah merata-rata.
bukan nak ckp apa, the opening of titiwangsa gonna cost us LA lots of money for maintaining it. please people guna common sense ya! baru bukak weyh tgn tu laju benau. pic.twitter.com/tcwS0aHAMR
— SAI (@tyrraawwrr) December 15, 2019
taman tasik titiwangsa baru bukak harini. with better facilities and a new look. tapi rakyat kita ni still tak reti menghargai tempat tu. elok² dah bersih cantik ada pulak buang sampah and vandalism. this is just proof of how low we malaysians can be.
— miqo :/ (@iwearLV) December 15, 2019
Perkongsian itu mendapat perhatian warga netizen lain yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan merosakkan taman rekreasi yang baru sahaja dibuka itu.
Hmmmm..
Upgrade Taman Tasik Titiwangsa tapi minda tetap tak upgrade…
— Masrizal Hardy Mastor (@lanuntech) December 15, 2019
Malah, netizen turut menyifatkan itu adalah bukti ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga.
Apa pun diharap masyarakat lebih peka untuk menjaga persekitaran taman rekreasi di Malaysia. Kalau bukan kita yang menjaga kebersihan taman di Malaysa siapa lagi?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram