Selepas hampir setahun lama ditutup untuk dibaik pulih dan dinaiktaraf akhirnya Taman Tasik Titiwangsa dibuka secara rasmi kepada umum semalam. Rata-rata netizen teruja berkongsikan kecantikan taman tersebut yang tertanya lebih menarik.

Bagaimanapun, tak sampai 24 jam dibuka, Taman Tasik Titiwangsa itu dilaporkan telah dirosakkan dan dicemari dengan sampah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

BACA: Selepas 25 Tahun, Highland Tower Akan Jadi Taman Rekreasi

Perkara itu dikongsikan oleh netizen di media sosial dimana ada pengunjung yang melakukan vandalisme dengan menconteng papan tanda dan membuang sampah merata-rata.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga netizen lain yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan merosakkan taman rekreasi yang baru sahaja dibuka itu.

Malah, netizen turut menyifatkan itu adalah bukti ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Apa pun diharap masyarakat lebih peka untuk menjaga persekitaran taman rekreasi di Malaysia. Kalau bukan kita yang menjaga kebersihan taman di Malaysa siapa lagi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱