Tak Semua Pengasuh Jahat, Masih Ramai Sayang Macam Anak Sendiri
Semalam, media sosial dibanjiri dengan gambar menyedihkan ibu bapa Adam Raykal yang sedang memeluk jenazah bayi mereka yang sudah kaku. Namun apa yang tidak sedap didengar ialah komen kurang manis mengenai pengasuh yang dilemparkan oleh netizen.
Ada yang meluahkan rasa syukur kerana mendapat pengasuh yang baik. Namun tidak kurang juga ada yang mula rasa bimbang untuk menghantar anak ke rumah pengasuh dan taska.
BACA: Bayi Hilang Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh
Untuk ibu bapa yang keluar mencari rezeki dan terpaksa serahkan anak kepada orang luar, baca perkongsian oleh Puan Intan Dzulkefli ini.
Jangan menambahkan luka si ibu dengan komen anda
Selaku manusia normal, sesiapa pun akan rasa terkesan dengan berita kematian bayi Adam Rayqal yang memenuhi ruang newsfeed hari ini.
Saya mohon, semua ibubapa yang memilih untuk berhenti kerja & menjaga sendiri anak-anak, janganlah sampai hati untuk drop komen, di mana-mana berita tentang kematian Adam.
“Sebab macam nilah saya sanggup resign,”
“Duit boleh cari, anak takde ganti,”
“Jaga anak sendirilah lagi baik,”
“Inilah sebabnya saya minta wife berhenti,”
Ia hanya menambahkan luka si ibu apabila membaca komen seperti ini. Astaghfirullah.
Tiada ibu yang waras tidak sayangkan anak
Saya pun pernah bekerja, hantar anak ke pengasuh. Percayalah, tiada ibu yang waras yang tidak sayangkan anaknya, sepanjang masa terkenangkan anak-anak. Janganlah sewenangnya disalahkan ibu yang bekerja seolah mereka semua lebih sayangkan duit, pangkat dari anak-anak. Kalaulah kita tahu dilema yang ditanggung ibu-ibu yang bekerja, kita takkan sanggup melemparkan kata-kata sedemikian buat mereka.
Bukan semua bekerja atas pilihan & minat, ada yang terpaksa bekerja atas tuntutan yang mendesak. Sekiranya kita belum diuji sedemikian, maka panjatkanlah syukur sebesarnya kepada Allah.
Bukan semua pengasuh jahat, masih ramai yang baik hati & ikhlas
Janganlah dipersalahkan ibu & bapa anak kecil itu. Ingatlah setiap dari kata-kata kita akan diuji, apatah lagi jika datang dari hati yang merasa diri lebih baik dari ibubapa tersebut dalam menggalas amanah menjaga zuriat.
Begitu juga dengan pengasuh, bukan semuanya jahat, tidak ikhlas, masih ramai yang baik hati, ikhlas & sayangkan anak-anak asuhan seperti anak sendiri. Maka, janganlah dipukul rata semuanya.
Adalah lebih baik kita doakan yang baik-baik buat ibubapa yang kematian anak kesayangan mereka itu, apatah lagi dalam keadaan tidak disangka-sangka & menyayat hati.
Buat ibubapa Adam Rayqal, semoga diberikan ketabahan, kekuatan untuk menempuhi ujian ini. Bukan calang-calang insan yang dipilih Allah untuk menggalas dugaan seperti ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138
- SUMBER
- mingguan wanita