Tak Tahan Ditanya ‘Bila Nak Kahwin’, Lelaki Ini Pasang Poster Cari Jodoh
Disebabkan lama hidup membujang dan tidak tahan asyik ditanya soal kahwin, seorang pemuda bernama Nooraziro Abdullah ini menjadi perhatian ramai gara-gara tindakan beraninya memasang posternya di tepi jalan untuk menadi jodoh.
Pemuda berusia 35 tahun yang berasal dari Marang, Terengganu itu berkata dia terpaksa menggunakan cara itu kerana mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.
BACA: Gadis Dipukul Ibu Dengan Batang Besi Sebab Lama Sangat Single
Ujarnya lagi, sebelum ini sudah bermacam cara dilakukannya untuk mencari jodoh namun tidak berhasil.
“Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal.
“Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.
“Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri,” katanya kepada Harian Metro.
Nooraziro yang bekerja sebagai tukang rumah berkata dia meletakkan poster di kawasan yang tidak mudah dikenali oleh orang kampung. Malah, keluarganya juga tidak tahu dia menggunakan cara tersebut untuk mencari jodoh dan tidak menyangka poster wajahnya itu akan tular.
Katanya lagi, dia sudah bosan dengan pertanyaan bilakah dirinya mahu berkahwin dan nekad menggunakan cara itu untuk mendapatkan isteri. Berkongsikan tentang ciri wanita pilihannya, Nooraziro berkata dia tidak kisah asalkan dapat menerima dirinya seadanya.
“Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya.
“Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya.
Apa pun diharap Nooraziro akan bertemu jodoh tidak lama lagi. Cara yang digunakan oleh pemuda ini memang lain dari yang lain, mana tahu dapat menjadi inspirasi buat mereka diluar sana untuk mencari jodoh juga.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Harian Metro