Restoran A&W pernah menjadi kegemaran ramai apabila ia merupakan restoran makanan segera pertama di Malaysia dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Walaupun banyak jenama restoran makanan segera lain dibuka di Malaysia, namun A&W masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

BACA: A&W Introduced The New Limited Edition ‘Cream Cheese Burger’

Pasti ramai tahu beberapa tahun lalu cawangan A&W di Petaling Jaya mengumumkan bakal ditutup kerana tidak laku. Susulan berita tersebut, ramai yang kembali memberi sokongan dan rangkaian kedai makan ikonik itu akan terus dibuka.

Meskipun A&W Malaysia mulai kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, namun A&W Malaysia memaklumkan dengan sukacitanya bakal menutup cawangan ikonik mereka di Petaling Jaya selepas hampir 50 tahun beroperasi.

Difahamkan penutupan cawangan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan. Menurut pihak A&W Malaysia, tanah yang menjadi milik Inter Mark Resources Sdn Bhd ini sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum diambil semula.

Pihak A&W Malaysia berkata lagi, proses dokumentasi akan mengambil sedikit masa dan cawangan ikonik itu dijangka akan terus dibuka untuk tempoh enam hingga lapan bulan lagi.

Dalam pada itu, peminat makanan segera itu tidak perlu bimbang kerana A&W akan membuka cawangan baru mereka di Seksyen 17, Petaling Jaya tidak lama lagi.

Mula dibuka pada tahun 1965, Cawangan A&W Petaling Jaya di PJS 52 itu merupakan cawangan kedua A&W Malaysia dan cawangan pertama dengan kemudahan pandu lalu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ramai Orang Selangor Tak Tahu Hotel Terbaik Ini! 😱