Terdahulu tular mengenai laporan Malay Mail berkenaan pihak kerajaan memerlukan sebanyak 32 buah Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord sebagai kenderaan rasmi menteri dan pegawai tinggi.

Perkara itu sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat yang menyifatkan ianya satu pembaziran.

BACA: Vellfire, Honda Accord Dipilih Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi

Tampil menjelaskan kekecohan tersebut, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata laporan yang dikeluarkan hanyalah sebagai cadangan sahaja dan Proton Perdana akan kekal sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Ujarnya lagi, sebelum ini pihaknya terpaksa memberikan beberapa pilihan kerana Proton Perdana tidak mempunyai stok mencukupi untuk menampung permintaan.

Bagaimanapun, masalah stok itu akhirnya dapat diatasi dan Proton telah memberikan pengesahan pihaknya mempunyai kenderaan yang cukup untuk kegunaan pihak kerajaan.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai syarikat yang dipilih untuk menerima kontrak pengedaran kereta kepada pihak kerajaan, Guan Eng enggan mengulas sebaliknya berkata akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan anda, kontrak kenderaan ini dibuka untuk semua selepas kontrak 25 tahun bersama Spanco tamat hujung tahun ini. Kontrak baharu selama 15 tahun itu akan membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?