Pasti ramai tahu dengan kemarau dan haba melampau yang melanda Australia Selatan. Malah keadaan panas dan kering itu menyebabkan kebakaran belukar yang besar di sekitar Australia.

Susulan bencana kemarau itu, sehingga 10,000 ekor unta terpaksa ditembak mati apabila sekumpulan besar haiwan itu mengamuk di bandar-bandar serta merosakkan bangunan untuk mencari air.

BACA: Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan

Penembak profesional akan menembak mati unta yang berkeliaran melalui helikopter mulai Rabu (8 Januari) dan akan berlangsung selama lima hari di kawasan Anangu Pitjantjatjara Yankunytjatjara (AYP), kawasan minor penduduk Australia Selatan.

Menurut Ahli lembaha eksekutif APY, Marita Baker berkata kelompok unta berkenaan mengancam komuniti dan insfrastruktur kawasan tersebut. Ada yang menceroboh pagar rumah penduduk dan cuba mendapatkan air melalui penghawa dingin.

Ujarnya lagi, unta-unta berkenaan merayau mencari air dan penduduk sangat risaukan tentang keselamatan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Cari Sarapan Nasi Lemak, Tapi Yang Dapatnya…