Tak Tinggal Nasi, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 30 Kg
Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukan sesuatu yang mudah seperti yang disangka, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Disebabkan itu, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus, tetapi hasilnya hanya sementara sahaja.
Namun, ramai juga mereka diluar sana yang mencari motivasi untuk menurunkan berat badan dan akhirnya berjaya. Sama seperti gadis ini Syarmine yang nekad untuk menurunkan berat badan selepas episod patah hati dan akhirnya berjaya hilang sehingga 30 kg dalam masa setahun lebih.
BACA: Gadis Ini Kongsi Rahsia Turun 41 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Tak tinggal nasi, tak minum air & makanan manis
Menurut gadis ini, dia mengambil masa setahun untuk menurunkan berat badan sebanyak 12 kg, manakala 20 kg lagi dalam masa 5 bulan sahaja. Antara tips yang dikongsikan ialah banyakkan minum air kosong. Gadis ini turut berkongsikan jumlah air yang perlu diambil mengikut berat badan anda.
Ini antara tips biasa setiap kali mahu menurunkan berat badan iaitu elakkan minum air manis atau ambil makanan manis. Apa yang menarik ialah gadis ini tidak tinggalkan nasi namun kuantiti yang diambil sedikit sahaja.
Bersenam! Diet tak jalan kalau tak bersenam
Setiap minggu gadis ini akan melakukan senaman ringkas di rumah dengan hanya menonton di YouTube. Lakukan senama selama dua jam enam hari seminggu.
Menu sarapan pagi, tengah hari, snek & makan malam
Lakukan senaman dengan membuat kerja rumah
Dalam pada itu, gadis ini turut berkongsikan beberapa jenis senaman dengan hanya melakukan kerja-kerja rumah sahaja. Siapa cakap nak kurus kena berbelanja mahal. Buat kerja rumah pun satu senama juga dan anda boleh pelbagaikan senaman seperti yang dilakukan oleh Syarmine.
Gadis itu turut memberitahu sebelum melakukan sebarang diet, tanya diri anda sendiri apa motivasi anda untuk kuruskan badan dan apa sebab anda ingin kurus.
Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Syarmine