Sebut saja juadah dari negara Thailand, hidangan kerabu maggi antara yang paling digemari ramai. Kalau ada pesta makanan Thailand di Malaysia, pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati juadah ini.

Juadah ini agak simple, tetapi mengenyangkan. Kalau rasa teringin sangat nak makan kerabu maggi, tak perlu terbang sampai ke Thailand, anda boleh buat sendiri sahaja di rumah. Resepi dikongsikan oleh Nurul Huda, anda boleh buat banyak mana yang diinginkan dan lagi berbaloi.

BACA: Cara Buat Pes Tomyam Paling ‘Kaw’, Sama Macam Restoran Thai!

Bahan-bahan:

– Pes tomyam
– Mi segera Serda
– Seafood/ayam
– Tomato, bawang, lobak merah, cili, limau, daun ketumbar

Cara membuatnya:

1. Maggi siap celur dengan bahan yang sudah direbus dan dipotong.

2. Masukkan pes tomyam 2 sudu teh, gula dan air limau nipis, kacau hingga sebati.

3. Masukkan tomato, cili padi dan daun ketumbar, gaul lagi. Kemudian masukkan maggi tadi kacau lagi dan akhir skali masukkan kesemua bahan lain ayam, sotong, udang, lobak merah, bawang, kacau sebati. Siap!

4. Yeayyyyy taraaaa! Ok dah siap Kerabu Maggi. Selamat Mencuba gais!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selambak Shellout Dengan Harga Selamat Poket ☺️