Lepas baca berita ini mungkin ramai yang takut nak makan Sushi. Baru-baru ini, tangan seorang lelaki warga emas terpaksa dipotong akibat mereput kerana makan sushi.

Lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan itu dijangkiti bakteria yang menyebabkan kulit mati dan melepuh sehingga tangannya bertukar kehitaman selepas 12 jam menikmati makanan mentah popular dari Jepun itu.

BACA: Ini Kisah Benar Bagaimana Sushi Tercipta

Lelaki itu bertemu doktor di Jeonju, Korea Selatan selepas mengalami kesakitan melampau di pergelangan tangannya selama dua hari.

Bagaimanapun, pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput. Jangkitan bakteria itu amat teruk sehingga tangannya terpaksa dipotong 25 hari kemudian.

Doktor mengesahkan warga emas itu dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria Vibrio vulnificus. Menurut doktor yang merawatnya, lelaki tersebut turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Ulser di tangannya menyebabkan nekrosis iaitu kematian tisu hidup yang boleh merebak dan menyebabkan kecederaan kekal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Apa Korang Hantar Pada Kami!