Boleh dikatakan ramai yang lebih memilih untuk membeli belah melalui atas talian atau online kerana harga ditawarkan lebih murah berbanding di jual di kedai. Ada saja tawaran setiap bulan sehingga membuatkan kita rambang mata.

Tidak kurang juga ada yang suka membeli barangan dari luar negara seperti China tetapi yang tak ‘bestnya’ ianya mengambil masa dia hingga tiga munggu untuk barang sampai kepada pembeli.

BACA: KFC China Perkenal Nuget Durian, Bila Giliran Malaysia?

Selepas ini, anda tak perlu lagi menunggu lama kerana Taobao Store iaitu rangkaian kedai aneka barangan dari China akan di buka di MyTown Shopping Center, Cheras.

Dengan keluasan 5,000 kaki persegi menjadikan Taobao Store ini menjadi yang terbesar di Malaysia.

Bakal dibuka pada 29 November ini, pelbagai barangan akan disediakan dan pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dari aplikasi Taobao kemudian kakitangan yang berada di sana akan membantu anda mendapatkan baranggan tersebut.

Nampaknya, anda dah boleh mula window shopping di portal Taobao mulai sekarang untuk dapatkan barangan yang anda inginkan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi