Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dengan tayang kaki di laman sosial juga boleh menjana pendapatan yang amat lumayan. Itulah pekerjaan seorang wanita berasal dari Ontario, Kanada yang hanya memuatnaik gambar kaki di laman sosial Instagram.

BACA: Tangan Besar, Dipanggil Syaitan

Jessica Gould, 32 tahun, meraih pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM296,359) hanya dengan mengambil gambar kakinya sahaja.

Dia terjumpa jawatan kosong mencari model kaki semasa tengah mencari idea untuk mengisi masa lapangnya.

“Selama ni tidak pernah terfikir pun sesiapa akan berminat dengan kaki saya,” terangnya kepada Cosmopolitan.

Sumber dari odditycentral.com

Jessica membuat akaun Instagram menggunakan nama Scarlet Vixxen dan mempunyai pengikut serama 12,000 orang serta dia juga harus memuatnaik tiga keping gambar kaki sehari di akaun tersebut.

Mungkin disebabkan kakinya yang nampak bersih dan lembut membuatkan dirinya mendapat pendapatan lumayan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Seluar Ayam Goreng Ada Dijual?
Kaki Lipas Dalam Kopi, Ini Tindakan McD
Alas Kaki Kedai Dobi Pun Kena Rembat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Benda APA Boleh Dapat Dengan Singgit Kat Bazar Ramadan?