Tearista Ini Kongsikan 8 Minuman Tealive Yang Anda Patut Cuba
Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai. Lebih mengejutkan ianya mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.
Tapi kalau asyik minum air sama bosan juga. Baru-baru ini, menerusi Twitter, seorang tearista Tealive berkongsikan senarai minuman yang anda patut cuba. Siap disertakan sekali dengan harga minuman tersebut.
BACA: KKM Akan Pantau Fenomena Minuman Bubble Tea
1. Bang Bang Coffee
Jika anda sukakan kopi ini antara minuman anda patut cuba. Rasa kopinya memang kuat. Kalau dah nama Bang Bang sah-sah ada brown sugar dan sekali topping.
1. Bang Bang Coffee
💶 RM 8.35 (R) RM 9.40 (L)
If u like coffee, go for it. If u don’t or biasa biasa je takyah kot. Coffee dia kuat. As u know, bang bang ni dia ada letak brown sugar sauce. So manis dia depends on the amount of it je & kita letak sekali with fresh milk. pic.twitter.com/BYeLYEro43
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 5, 2019
2. Signature Milk Tea
Kalau ke Tealive tak sah kalau tak cuba menu wajib mereka ini. Menurut gadis ini, Signature Milk Tea lebih sedap jika ditambah dengan topping black diamond.
2. Milk Tea (Signature)
*add on topping* Black Diamondp/s: sorry I don’t remember the price but around RM7 lah
yg buat sedap, the combination of milktea dia & the topping. Black diamond ni rasa pudding caramel. Kita potong kecik2. Sedap! Highly recommend for u guys to try!! pic.twitter.com/f8jYuxSzXw
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 5, 2019
3. Cocoa Mocha
Minuman ini khas untuk anda yang sukakan koko dan kopi. Apa yang buatkan minuman ini lebih sedap adalah rasa kopi dibru bersama koo dan susu segar.
3. Cocoa Mocha
💶 RM 8.50 (R)
kita brew coffee, campur with cocoa and fresh milk sikit. if u like coco & coffee, go for cocoa mocha. yg mcm dlm gambar ni i add on pearl. dia bukan sekali so ikut la nak tambah topping apa or biar kosong je. Boleh buat hot jugak!! recommended 😋 pic.twitter.com/tn3WD36wXp
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 5, 2019
4. Bang Bang Milk Tea
Ini antara minuman paling popular di Tealive. Kalau anda peminat brown sugar milk tea inilah minuman yang anda patut cuba. Minuman ini juga turut disertakan dengan topping pearl.
5. Bang Bang Fresh Milk
Yang ini juga minuman yang anda patut cuba. Kombinasi brown sugar, susu dan pearl sememangnya cukup sempurna. Paling penting mereka gunakan susu segar. Ini untuk mereka yang suka susu.
5. Bang Bang Fresh Milk
💶 RM 7.45 (R) RM8.50 (L)
popular jgk yg ni & rmi org order. I highly recommend for u guys to try. sedap! the brown sugar, milk & pearls mcm perfect combination!! Kita mmg letak only fresh milk. Takde dgn milk tea. But if u tak suka susu, don’t buy 😂 pic.twitter.com/V5laV3vuMJ
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 6, 2019
6. Strawberry Pudding Smoothie
Jika anda inginkan kelainan boleh cuba minuman smootie ini lebih-lebih lagi jika anda tak suka minuman manis. Menariknya, minuman ini diblend sekali dengan jeli kelapa dan susu segar. Pudding dia paling sedap!
6. Strawberry Pudding Smoothie
💶 RM 8.85 (L)
Highly recommend for u to try!! & yes sedap! Pudding dia paling sedap sebenarnya. Sugar level dia, we used the lowest sugar level for L cup. So cannot request less sugar. Kita blend skali dgn coconut jelly & fresh milk sikit. pic.twitter.com/KVEuY0d8Bj
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 6, 2019
7. Hazelnut Latte
Jika anda tak sukakan minuman manis, anda patut cuba Hazelnut Latte kerana kandungan gulanya sangat rendah dan rasa manis datang daripada hazelnut.
7. Hazelnut Latte
💶 RM 8.35 (R)
tak recommend sangat sebab rasa dia lebih kurang caramel latte from mccafe but okay la not that bad. sugar kita letak lowest level of sugar. sebab kita akan letak hazelnut banyak tu yg manis dia. pic.twitter.com/LJ0emI9Q0o
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 6, 2019
8. Mango Passion Smoothie
Kalau nak cuba minuman buah-buahan, boleh cuba yang ini. Rasa seperti jus mangga dan ditabur dengan passion fruit seed di atasnya. Memang rasa segar bila minum. Boleh tambah topping kalau anda suka.
8. Mango Passion Smoothie
💶 RM 8.85 (L)
📌 all smoothie only provide L cupsedap!! Mcm mango juice. lepas dah blend kita letak passion fruit seed on top. Rasa refreshing sangat. Highly recommend if u wanna try other smoothie series. Boleh add on other toppings like pearl ke pic.twitter.com/3FBGsJcCKZ
— 幸. (@AtiqahMohdAsri) August 7, 2019
Siapa yang masih tercari-cari lagi minuman apa yang anda patut cuba di Tealive boleh la cuba 8 minuman yang disenaraikan ini. Mudah je kan, tak perlu tercegat lama-lama dekat kaunter tu nanti!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Atiqah Mohd Asri