Telan 15 Balang Nutella Setiap Bulan Demi Punggung Terbesar
Tidak semua wanita memiliki bentuk badan cantik semula jadi, lebih-lebih lagi bentuk punggung yang menawan. Tetapi, kini semua itu tidak mustahil kerana terdapat pelbagai produk dan kaedah perubatan yang boleh memantapkan punggung atau buah dada seperti yang diinginkan.
Namu berbeza pula dengan wanita ini, seorang model dari Gothenburg, Sweden yang bukan saja mahu kelihatan mengiurkan, malah mahu diiktiraf sebagai wanita yang memiliki punggung terbesar di dunia.
BACA: Dipenjara Gara-Gara Nutella
Lebih mengejutkan, untuk mencapai matlamatnya itu, wanita tersebut Natasha Crown mengamalkan 15 balang Nutella yang bersamaan hampir 6 kilogtam setiap bulan.
Setakat ini, ukur lilit punggung wanita itu sudah mencapai 70 inci iaitu hampir 6 kaki. Bagaiamanapun, dia yang memiliki berat badan 133kg perlu menambah berat badannya supaya boleh menampung lemak di punggungnya itu.
“Saya akan melakukan apa saja untuk memecahkan rekod punggung terbesar di dunia,” katanya.
Kata Natasha lagi, punggung besarnya itu membuatkan dia berasa lebih seksi dan meningkatkan lagi keyakinan dirinya.
Siapa yang suka sangat makan Nutella tu hati-hati. Takut berat badan naik mendadak pula nanti.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dipenjara Tujuh Hari Gara Gara Milo
Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- CariForum