Umum sedia maklum, mulai 12 Julai ini semua pemandu e-hailing perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Berikutan undang-undang baru itu, kemungkinan besar jumlah pemandu Grab akan berkurangan dan masa menunggu tempahan diterima menjadi lebih lama.

BACA: Mulai 12 Julai, Swafoto Dahulu Sebelum Naik Grab!

Susulan itu, Grab Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai waktu menunggu bagi mendapatkan pemandu mungkin menjadi dua kali ganda waktu biasa.

Grab Malaysia mencadangkan pengguna merancang perjalanan dengan membuat tempahan lebih awal dari biasa atau tempah perjalanan di luar waktu puncak (waktu puncak adalah antara 7-9 pagi dan 5-8 malam).

Dalam pada itu, Grab Malaysia berharap situasi tersebut hanyalah sementara sahaja dan akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna.

Pihak Grab juga telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, APAD dan Puspakom bagi menjadikan proses lebih lancar dan membolehkan pemandu mendapatkan lesen dengan lebih cepat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥