Jika sebelum ini kerajaan Terengganu akan mula melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet sukan negeri ini bermula 2019. Nampaknya, kerajaan negeri itu memperkenalkan pula hotel patuh syariah pertama bertaraf 4 bintang yang lebih bercirikan Islam.

Pengerusi Lembaga Pengarah Paya Bunga Hotel Terengganu, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, hotel milik kerajaan negeri itu merupakan yang pertama diumumkan sebagai patuh syariah. Menurutnya, ia bukan sahaja melibatkan penyediaan makanan halal, tetapi merangkumi pengurusan hotel berlandaskan hukum syarak.

BACA: Kini Wujud Hotel Bagi Yang Berbadan Besar

Pihak hotel turut meyediakan tempat solat berjamaah di surau dan kuliah oleh ustaz yang dilantik. Antara ciri patuh syariah lain yang diterapkan, termasuklah memastikan pekerja Muslim menutup aurat serta tidak menghidangkan minuman keras.

Bagaimanapun Khairuddin berkata, pihak pengurusan tidak mendiskriminasi pekerja bukan Islam yang mahu bekerja di hotel tersebut. Pihaknya menerima pekerja bukan Islam untuk bekerja dan tidak ada masalah jika mereka layak dan bersedia mematuhi syarat ditetapkan.

Selain itu, pelanggan juga tidak dibenarkan berbikini semasa melakukan aktiviti terbuka, termasuklah ketika berada di kolam renang. Ujarnya, pelanggan bukan Islam bebas berpakaian macam biasa mengikut cara mereka, cuma tidak benarkan berbikini.

Dalam pada itu, pihak hotel juga tidak memaksa pelanggan wanita beragama Islam memakai tudung, bagaimanapun mereka dilarang berpakaian menjolok mata.

Katanya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan pendekatan patuh syariah yang dilaksanakan kerana ia tidak bermaksud seseorang itu perlu memeluk agama Islam, malah mereka dialu-alukan untuk menikmati hospitaliti hotel yang patuh syariah sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini 5 Senarai Pelancong Paling Teruk Di Dunia
Dalam Dunia Ini, Orang Asia Paling Kerap Bercuti

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉