Ketika umat Islam melakukan persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, media sosial dikejutkan dengan sebuah video menunjukkan seorang lelaki tua uzur yang menjual kerepek sehari sebelum sambutan Aidiladha di kawasan sekitar Jitra, Kedah.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Suhaida Nabila itu mendapat kecaman dari netizen dan tidak kurang juga ada yang sebak melihat keadaan lelaki tua yang uzur itu berjalan menggunakan tongkat sambil membawa sebakul kerepek.

BACA: Ibu Sanggup Jual Anak RM31k, Beli Alat Solek RM4k

Menerusi posting wanita tersebut, lelaki tua itu mendakwa dia disuruh oleh anak perempuannya untuk menjual kerepek di restoran berdekatan. Menurut lelaki itu lagi, dia mempunyai seorang anak, menantu dan cucu yang sihat tubuh badan.

Posted by Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir on Selasa, 21 Ogos 2018

Posted by Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir on Selasa, 21 Ogos 2018

Bagaimanapun, selepas video itu tular, seorang wanita yang mendakwa dirinya anak kepada pak cik tersebut telah memuat naik status menerusi Facebook ingin mencari wanita yang menularkan video ayahnya dan turut mendakwa Suhaida telah menyebarkan berita palsu tentang ayahnya itu.

Status oleh wanita berkenaan diserang netizen dengan pelbagai kecaman di atas tindakannya yang sanggup meninggalkan ayahnya yang tua dan uzur itu.

Bagaimanapun, Suhaida juga turut memuatnaik satu perbualan menerusi Facebook Messenger dengan seorang lelaki yang memberikan maklumat penuh orang tua tersebut yang dikatakan diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat itu dan maklumat itu sulit untuk disiarkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥