Semalam berakhir sudah zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri Malaysia selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum ke-14.

Menerusi akaun Twitternya, Najib Razak tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Tun Matahir yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-7. Tambahnya lagi, beliau sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar.

BACA:“Kalah PRU14 Mesej Jelas BN Perlu Bermuhasabah”

Tweet tersebut menarik perhatian netizen yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri itu sepanjang 2 penggal memegang jawatan tersebut.

Turut disertakan ucapan terima kasih di atas pembangunan Malaysia sepanjang 10 tahun ini seperti pembinaan MRT, pusat UTC dan gerakan 1 Malaysia yang menyatukan rakyat Malaysia.

Terima kasih Datuk Seri Najib, kami hargai jasa anda

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih dengan mengatakan mereka masih sayangkan Barisan Nasional, namun apakan daya kepemimpinan Barisan Nasional tidak peka dengan suara rakyat.

Kami mahu lihat Barisan Nasional yang baru & bersih

Apa-apa pun terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepimpinan beliau selama ini. Diharap dengan kepimpinan baru oleh Tun Dr. Mahathir, rakyat Malaysia akan terus maju dan tidak membenci walaupun berlainan parti politik. Apa yang penting, darah kita semua sama dan kita semua rakyat Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?