Terlalu Laju, Jurugambar Hadapi Kesukaran Kejar Khairul Hafiz Jantan
Demi mendapatkan gambar terbaik, gelagat jurugambar setelah tamat saja acara larian 100 meter untuk Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil telah mendapat perhatian di laman sosial.
Malah usaha barian jurugambar untuk mendapatkan gambar raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan bukanlah mudah kerana dia masih lagi berlari kegembiraan di atas kemenangan yang dicapai.
BACA: Ini Punca Sebenar Penyokong Myanmar Dibelasah Teruk
Cameraman baju hijau ternyata lebih laju dari Khairul Hafiz Jantan…
Tahniah#KL2017 #BangkitBersama #KitaSamaHero pic.twitter.com/XJ0SLHeHkV— Mohammad (@Afiq04Irfan) August 22, 2017
Dalam acara larian 100 meter Sukan SEA itu, menurut Astro Awani, Khairul mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan 10.43s.
Bagaimanapun gelagat jurugambar yang berpusu-pusu mendapatkan gambar terbaik sebaik saja Khairul merentasi garisan penamat ternyata mencuit hati ramai pihak terutamanya jurugambar berbaju hijau. Mahu buat macam mana, semangat juara Khairul masih membara lagi selepas menamatkan larian.
Namun pujian harus diberikan kepada jurugambar yang terlibat kerana usaha gigih mereka mendapatkan shot yang terbaik – mungkin nampak mudah namun bukan perkara senang untuk dilakukan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
GAMBAR: Aizuddin Saad