Terlampau Kotor, 3 Restoran Nasi Kandar Popular Diarah Tutup
Tiga restoran nasi kandar popular di Little India di sini diarahkan ditutup serta merta selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan.
Arahan berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan penguatkuasa dalam Operasi Pulau Pinang Bersih yang dijalankan semalam.
BACA: Restoran Raj Banana Leaf Milik Datuk Lee Chong Wei?
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, arahan terhadap ketiga-tiga restoran dilakukan menerusi notis perintah tutup premis makanan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Kesemua restoran terbabit diarahkan ditutup serta-merta selepas tahi tikus dan lipas ditemui di premis mereka, selain peti sejuk yang kotor.
Manakala, di sebuah restoran pula didapati himpunan pinggan-pinggan kotor dijumpai dikumpulkan berdekatan dengan kawasan sampah dan dicuci berhampiran kawasan saluran najis.
Sekiranya kesemua restoran terbabit berjaya membuktikan premis mereka bersih dalam tempoh dua minggu, maka kebenaran akan diberikan untuk menyambung semula operasi. Namun, arahan penutupan boleh dilanjutkan dengan tambahan dua minggu lagi sekiranya mereka gagal memenuhi syarat tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson
- SUMBER
- mStar