Terlupa Beli Ikan Selayang Antara Punca Cerai di Terengganu
Sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh mendedahkan perkara-perkara remeh digunakan sebagai punca untuk memfailkan permohonan cerai antaranya isteri gemar membasuh baju pada waktu malam dan suami tak suka isteri makan dalam kereta.
Namun siapa sangka hanya disebabkan tersalah beli ikan selayang, pasangan suami isteri di Terengganu memilih untuk bercerai.
BACA: Suami Tak Tahu Menunggang Motor Antara Alasan Bercerai
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, situasi ini memperlihatkan ada kalangan pasangan di Terengganu yang kurang pengetahuan dan jahil mengenai ilmu perkahwinan.
Selain itu, campur tangan keluarga dan kurangnya memahami erti sebenar perkahwinan antara punca perceraian yang berlaku di negeri Terengganu.
Memetik laporan Sinar Harian, antara Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 1,219 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan berbanding 1,383 pasangan dalam tempoh sama tahun lalu.
Dalam pada itu, kerajaan Terengganu akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah perceraian di negeri tersebut termasuk memperkemaskan modul keluarga Islam untuk diterapkan kepada masyarakat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Sinar Harian