Siapa sangka, hanya kerana si suami terlupa untuk membelikan ayam goreng, si isteri sanggup menikam suaminya hingga mati. Memetik laporan China Press, lelaki tersebut bernama Wu yang pulang dari kerja terlupa untuk membeli ayam yang dikirim oleh isterinya, Luo.

Hanya kerana perkara tersebut pasangan tersebut bergaduh. Ketika kejadian berlaku, ibu Wu yang ketika itu berada di bilik air tidak sedar pasangan itu sedang bertengkar sehinggalah dia mendegar jeritan cucunya.

BACA: Ditegur Habiskan Keropok Lekor, Lelaki Ugut Bunuh Bapa

Namun, keluar sahaja dari bilik air, anak lelakinya sudah terbaring berlumuran darah dan melihat menantunya memegang pisau buah yang digunakan menikam anaknya.

Menurut laporan, hubungan pasangan suami isteri itu semakin teruk sejak Mac lalu dan asyik bertengkar didakwa berpunca rasa tidak puas hati Luo yang terpaksa menjaga ibu mertuanya.

Malah, Luo juga pernah membuatkan suaminya hilang sabar apabila meminta ibu mertuanya itu untuk tinggal di dalam bilik stor.

Memang mengejutkan, hanya kerana makanan, wanita itu sanggup bertindak membunuh suaminya sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?