Kasih sayang seorang ibu tidak pernah putus untuk anak-anak walau apa pun yang berlaku dan tidak semua sedar bahawa satu hari nanti kita akan kehilangan mereka.

Jadi, inilah masanya untuk anda berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada seperti jejaka ini yang membuat kejutan untuk ibunya dengan membelikan seutas gelang emas sempena hari jadinya.

BACA: Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Seorang jejaka, Muhamad Ameen memuatnaik video di laman sosial Facebook mengenai dirinya membuat kejutan kepada ibunya hingga menangis tersedu-sedu kerana terharu.

Pada mulanya, Ameen telah menyimpan hasrat untuk membeli hadiah kepada ibunya yang tersayang kerana dia menyedari bahawa dia telah lama tidak memberi hadiah kepada ibunya.

Tujuan dia berkongsi video mengenai kejutan itu adalah untuk memberitahu orang ramai betapa pentingnya membahagiakan ibu sendiri sebelum membahagiakan orang lain.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna laman sosial tersebut yang nyata sebak, terharu serta membuatkan yang lain teringat orang tua mereka.

Selain itu, Ameen turut meminta orang ramai mendoakan ibunya agar dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sempena hari ulang tahun ibunya yang ke 63 tahun.

Semoga lebih ramai anak muda sekarang ini berfikiran seperti jejaka ini kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Ingatlah bahawa mereka adalah insan yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan kita dahulu dan menjaga kita dengan baik hingga dewasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kami Pekena Nasi Beriyani Bombay Ayam di Tentram Cafe