Tertinggal Barang Di Pasar Punca Pasangan Bercerai
Setiap tahun kes perceraian di laporkan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Kadang-kadang, punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan antara pasangan berkahwin.
Salah satu punca perceraian yang dilaporkan di Terengganu adalah disebabkan tertinggal barang di pasar.
BACA: Tak Dapat Kebab, Terus Minta Cerai
Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, kebanyakan kes yang terjadi adalah kerana hal yang tidak wajar dan munasabah.
“Biarpun terlihat pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal, namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri yang gagal mempertahankan perkahwinan mereka di negeri ini.”
Tambahnya lagi, antara kes terbaru adalah melibatkan perceraian suami isteri di atas motosikal.
“Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar, berlaku pertengkaran ketika dalam perjalananpulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.
Menurut Wan Mohd Zakri, jika diikutkan hak demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang. Namu perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga dan anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138
- SUMBER
- CariForum