Ramai yang masih tidak tahu, kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit.

Nampaknya, negara yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia iaitu Thailand telah meluluskan ganja untuk tujuan perubatan dan muncul sebagai negara pertama di rantau Asia menghalalkan penggunaan dadah itu bermula tahun hadapan.

BACA: Malaysia Berkira-Kira Untuk Halalkan Ganja?

Sejak zaman dahulu lagi, Thailand mempunyai tradisi menggunakan ganja untuk mengurangkan rasa sakit dan keletihan sehingga 1930-an.

 

Kanabis juga turut popular di kalangan pekerja ladang untuk tujuan relaks dan sekitar tahun 1970an ketika Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga.

Umum mengetahui negara seperti Colombia dan Kanada telah lama membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, bagaimanapun di negara Asia ganja kekal haram dan menjadi pantang larang di negara Asia Tenggara yang mempunyai hukuman antara paling berat untuk salah guna dadah.

Malah, penyeludup ganja boleh dikenakan hukuman mati di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Thailand akan meminda Akta Narkotik 1979 berikutan kontroversi membabitkan perundangan itu tercetus berikutan terdapat permohonan paten daripada syarikat asing, ia dijangka membolehkan mereka mendominasi pasaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥