Boleh dikatakan ramai yang mengeluh apabila tiada lagi tambah nilai Touch ‘N Go’ di plaza tol PLUS. Namun, perlaksaan tersebut memberikan kebaikan apabila 48 peratus kesesakan berjaya dikurangkan.

Menurut pihak PLUS, inisiatif yang mula dijalankan sejak 1 Ogos lalu di plaza tol Wilayah Tengah menyebabkan bilangan pengguna lebuh raya yang cuba menambah nilai di lorong keluar antara laluan Seremban hingga Ipoh Selatan menurun dengan mendadak.

BACA: Pengguna Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Hujung Tahun Ini

Daripada 850,000 kenderaan keluar masuk, 5 peratus daripada kesesakan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak mempunyai baki yang mencukupi.

“Walaupun jumlah itu kecil, ia membabitkan sebanyak 42,500 kenderaan yang berhenti untuk menambah nilai sekali gus menyebabkan kesesakan trafik dan pembaziran masa kepada 95 peratus pelanggan PLUS lain,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun pada 30 September lalu, jumlah kenderaan beratur untuk menambah nilai di plaza tol sudah menurun kepada 22,000 kenderaan.

Dalam pada itu, PLUS berkata tiada perkhidmatan tambah nilai bertujuan untuk menjamin keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan mereka berikutan kerap berlaku kemalangan membabitkan kenderaan berat melanggar pondok tol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱